Sentiasa kuat untuk diri sendiri

Setiap apa yang berlaku kepada kamu
Sentiasa melangkah ke hadapan..
Jangan berasa putus asa..


Saturday, November 9, 2019

Aku & Ex (Part 1)

Seperti yang dinyatakan di atas..
Aku ingin menceritakan kisah percintaan aku.. Ingin meluahkan isi hati aku.. Tak dinafikan.. Aku memang jenis yang suka bernostalgik.. Kerana bagi aku.. Nostalgia itu adalah sesuatu yang akan sentiasa bermain di fikiran.. 

Setelah hampir setahun aku berpindah keluar dari pulau 'feymes' di Malaysia..
Aku berasa bahagia.. Aku berkenalan ramai kawan2 baru.. Tempat keja baru.. 

Namun begitu,

 Terdetik 1 peristiwa.. Di mana.. Jauh di satu sudut hati aku.. Aku mengenangkan kisah.. Detik2 percintaan aku bersama bekas kekasih yang berasal dari Pulau 'Feymes' itu.. 

Jujur kata.. Sebanyak2 insan yang pernah aku bercinta.. Insan dari Pulau Feymes ini berjaya menghantui perasaan aku.. Sehingga kini.. Aku sayang.. Tapi aku terpaksa melepaskan.. Kerana.. Dia selingkuh dengan aku.. Pedihnya masih terasa.. Kenapa aku masih ingatkan dia walaupun hati pedih? Sebabnya..Selama 3 tahun, Aku dah menyulam kasih dengannya..

 Pedih hati bila mengenangkan.. Dalam masa aku berkasih dengannya.. Dengan selamba dia boleh adakan insan lain dalam hidupnya.. Selama 6bulan dalam masa 3 tahun persulaman kasih aku dengan dia.. Aku ditipu.. Dikhianati
. terasa bagai dicarik2 hati aku bila aku sendiri yang lihat dengan mata kepala aku.. Bersaksikan kawan baik aku.. Yang kau selingkuh dengan aku.. Aku tak tahu.. Bagaimana kau boleh memberikan reaksi selamba.. Dan buat2 tidak tahu bila kau lihat aku menuju ke arah kau yang sedang selingkuh.. 

Aku tidak memukulnya.. Aku tidak menjerit.. Aku hanya diam.. Melihatnya bersama kekasih barunya berlalu pergi dengan motosikalnya.. Keesokannya.. Dia pula yang memarahi aku.. Dan tidak menghantar ws aku.. Selama 4 hari itu.. Aku tidak lalu makan.. Berat aku turun mendadak.. Puas aku memikirkan.. Bagaimana untuk meredakan hati aku yang pedih
. Berkat nasihat famili.. Kawan baik aku..

Pada hari kelima.. Dia mencari aku.. Tapi.. Hati aku sudah berkecai.. Walaupun aku sayang dia.. Tapi hati aku sakit.. Terlalu sakit melihat dia bahagia dengan orang lain.. Aku lantas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan dia..
Dia merayu.. Berkata ingin berjumpa denganku.. Tetapi.. Pada masa itu.. Hati aku terlalu sakit.. Aku cuba untuk berlembut lagi hati aku.. Tapi aku tak dapat tahan.. Aku terus mengatakan bahawa keputusan aku adalah muktamad.. 

Aku berkata padanya.. Pergi la kau kepada dia jika dia yang boleh membuatkan kau bahagia.. Dengan hati yang pilu.. Dia berkata.. Jika itu yang kau mahukan.. Baiklah.. Dia merayu padaku.. Aku tetap berkata padanya.. Tak usah la.. Kau sudah ada insan lain yang kau benar2 mencintainya berbanding aku..
Maka di situ ah terjadinya kisah percintaan yang terjadi antara kami..

Hingga kini, aku masih menangisi.. Dia sudah bertunang dengan kekasih barunya yang dia selingkuh dengan aku dulu.. Aku tak menyesal dengan apa yang aku buat..
Cuma.. Aku kesal dengan perbuatannya.. Kenapa dia sanggup menduakan aku dalam diam.. Tidak bolehkah dia jujur saja pada aku? Kenapa dia tidak boleh setia? Kenapa dia perlu ada orang lain dalam hidup dia? 

Aku kini di bandar metropolitan.. Dan aku berazam.. Jika aku kembali ke Pulau 'Feymes' itu.. Aku akan pastikan.. Tiba saat dia akan merasa menyesal kerana menduakan aku..